• VISI,MISI DAN IKRAR SEKOLAH
  • PERATURAN SEKOLAH
  • LAGU SEKOLAH
  • TAKWIM
  • PENTADBIRAN
  • PENTADBIRAN ICT
  • SEKOLAH BESTARI
  • PENDIDIK SMK LAWAS
  • UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • STAF SOKONGAN
  • BLOG GURU
  • JADUAL
  • KEMUDAHAN
  • EduWEB
  • PROGRAM USAHASAMA
  • PAUTAN
  • AKTIVITI SEKOLAH
  • PANDUAN KESIHATAN
  • InFoHunt 2009
  • Pengurusan Aset
  • Jadual Peperiksaan Awam
  • LAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
  • Blog Kelab Komputer
  • KELAB KOMPUTER SMK LAWAS
Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas
Exams Countdown
Exams Countdown


SEJARAH SMK LAWAS

Jabatan Pelajaran Sarawak telah berhasrat untuk membina sebuah sekolah menengah di daerah Lawas. Pada awal tahun 1965 tanah kerajaan yang merupakan tapak SMK Lawas sekarang telah diperuntukan untuk tujuan ini. Sebelum. sebidang kerja pembinaan dimulakan, terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan untuk menempatkan pelajar-pelajar  buat sementara sebelum bangunan-bangunan sekolah ini disiapkan. Antara tempatnya ialah rumah Banglo Pengurus Ladang Getah Lawas (Manager’s Bunglow, The Lawas Rubber Estate) yang dikemukakan oleh pemangku Pegawai Pelajaran Bahagian Kelima pada masa itu, iaitu A.C. Yeo. Satu lagi cadangan ialah gudang lama kastam (Old Custom Godown). Dalam pemilihan tempat-tempat ini, perkara-perkara berikut diutamakan.

 

♦ Dua buah bilik darjah

♦ Asrama yang berasingan bagi pelajar lelaki dan perempuan

♦ Tempat tinggal bagi guru-guru

♦ Pengangkutan sungai

♦ Bekalan air

 

         Walau bagaimanapun, akhirnya telah diputuskan bahawa pelajar bagi sekolah baru ini patut ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang. Perkara ini dipersetujui pula antara Group Headmaster dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang, Encik Lavey. Ini adalah kerana kemudahan-kemudahan (termasuk bilik darjah dan kakitangan pengajar) adalah mencukupi di sekolah itu. Rumah Bunglow Pengurus di Ladang Getah Lawas digugurkan dari pertimbangan kerana terletak di sebelah sungai yang terletak empat batu dari pecan Lawas dan tidak dapat dihubungi dengan jalanraya. Bagi Gudang Kastam Lama, kerja perpindahan ke banngunan baru ditangguhkan atas masalah-masalah teknikal.

 
Create a free website with Weebly